Thursday, 12 July 2012

muhamad carl quasar mohamad asyuat

22 Oktober 2010 Suami mengajak saya menemaninye pergi karoake. Selepas selesai menyanyi bersama suami saya mendapati pergerakan baby kurang dari 10 kali dalam masa 24 jam. Suami bergegas membawa saya ke Hospital Pusrawi Kota Damansara. Apabila pemeriksaan dilakukan denyutan jantung baby didapati tidak stabil dan doktor telah mengarahkan saya untuk admitted to ward. Pada ketika ini kandungan saya telah memasuki minggu ke 40. Doktor yang merawat saya adalah Dr Zul, beliau adalah doktor pakar perbidanan di hospital itu.



23 Oktober 2010 Pada jam 3.30 pagi pemeriksaan telah dilakukan sekali lagi. Alhamdulillah denyutan jantung baby kembali normal dan saya berasa lega. Suami juga gembira dengan perkembangan ini. Saya di maklumkan pada jam 6.30 ada sekali lagi pemeriksaan akan dibuat. Jam menunjukkan jam 6.30 pagi. Saya telah dikejutkan oleh nurse yg bertugas untuk melakukan pemeriksaan. Kali ini denyutan jantung baby kembali tidak stabil dan semakin lemah.

Dr Zul telah beri saya pilihan sama ada mahu bersalin normal atau creaser. Jika normal saya akan direfer kepada Hospital Sg Buloh kerana mengikut jangkaan Dr Zul berkemungkinan baby lepas atau terbelit dan beliau tidak mahu mengambil risiko. Sebagai doktor yang telah merawat saya selama kehamilan saya beliau mencadangkan saya creaser bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

Saya terus mendapatkan suami dan menerangkan keadaan saya. Suami tidak mahu ke Hospital Sg Buloh, malah beliau terus mengizinkan saya creaser. Selepas keputusan dibuat maka kami menanda tangani surat pengesahan dan saya terus di tolak memasuki dewan bedah.

Perkhidmatan di hospital ini sangat bagus. Saya tidak perlu menunggu lama, jam 7.30 pagi pakar bius telah membius separa badan saya. Dalam keadaan sedar , mata terbuka , telinga mendengar , mulut boleh bercakap. Saya berinteraksi dengan suami yang juga berada menemani saya sepanjang proses melahirkan. Walaupun creaser tapi suami ada dengan saya dan merakamkan kelahiran anak kami Muhamad Carl Qausar Mohamad Asyuat.

Detik yang tak mungkin dapat saya lupakan. Nurse dan doktor disini sangat baik. Mereka melayan saya dengan mesra dan sopan. Malahan suami saya sentiasa bersama saya sepanjang keberadaan saya di ward dan dewan bersalin. Terima kasih Hospital Pusrawi Kota Damansara.

Disini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya yang pertama melahirkan anak sulong saya. Dan saya mencadangkan kepada ibu-ibu diluar sana jika ingin bersalin di hospital swasta silalah ke Hospital Pusrawi Kota Damansara. Bayaran berpatutan dan tidak terlalu mahal seperti hospital swasta yang lain. 


No comments:

Post a Comment